Dapatkan Percutian Desa Yang Menawan
Ianya adalah satu aktiviti yang amat menarik dengan kos yang rendah dan tidak membebankan.
Apakah yang Diperkatakan Mengenai Percutian Di Kampung Kuak Lata Papan, Lenggong, Perak Darul Ridzuan?
Kawasan kampung yang memberikan ketenangan dan amat sesuai untuk percutian bersama keluarga tanpa gangguan hiruk pikuk kota. Ianya amat merehatkan minda yang penat.
Sungai yang bersih semula jadi membuat pengalaman yang amat sukar dilupakan. Airnya sejuk dan segar telah memberikan situasi percutian menarik. Tidak rugi untuk mencubanya!
Dengan kemudahan untuk keluar daripada kawasan penginapan dan bersiar- siar di sekitar Tasek Raban dan Pekan Lenggong, lokasinya amat sesuai sebagai destinasi percutian menarik.
Lata Papan adalah nama sebuah air terjun yang terletak di daerah Lenggong, Perak, Malaysia. Air terjun ini terkenal dengan keindahan alam dan pemandangan yang indah, dan sering menjadi tempat beriadah bagi pengunjung yang ingin menikmati suasana alam yang sejuk dan tenang.
Lata Papan juga sering digunakan sebagai lokasi untuk mandi sungai, berenang dan memancing. Bagi pengunjung yang menyukai aktiviti alam, Lata Papan adalah tempat yang sempurna untuk menikmati suasana alam dan beristrirehat.
Kenapa Anda Memerlukan Percutian Bersama Keluarga?
Percutian adalah pengalaman yang sangat menarik dan bermanfaat untuk keluarga. Ia membawa keluarga bersama-sama dan membantu memperkuat hubungan kekeluargaan serta kemesraan antara satu sama lain. Oleh itu, percutian bersama keluarga sangat penting bagi keluarga yang ingin mengisi masa lapang mereka bersama-sama.
Salah satu alasan terpenting untuk bercuti bersama keluarga adalah untuk mencipta kenangan yang tidak terlupakan. Pengalaman dan kenangan yang diperoleh semasa percutian bersama keluarga dapat membantu membina keakraban dan memperkuat hubungan di antara ahli keluarga. Ini juga memberikan peluang untuk meneroka tempat-tempat baru dan mempelajari budaya yang berbeza.
Percutian juga memberikan kesempatan kepada keluarga untuk meluangkan masa bersama-sama tanpa gangguan rutin harian. Mereka dapat berehat dan bersantai bersama-sama, menikmati keindahan alam semula jadi atau melakukan aktiviti yang menyeronokkan. Ia juga memberikan peluang untuk meluangkan masa dengan anak-anak, mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti-aktiviti yang menarik.
Secara keseluruhannya, percutian bersama keluarga adalah satu pengalaman yang tidak boleh dilepaskan oleh keluarga. Ia memberikan peluang untuk memperkukuhkan hubungan antara ahli keluarga dan mencipta kenangan yang manis. Oleh itu, jika anda mempunyai peluang untuk bercuti bersama keluarga, pastikan anda memanfaatkannya sepenuhnya.
Rumah Sungai Kampung Lata Papan
Rumah Sungai Kampung Kuak Lata Papan adalah satu destinasi percutian yang berkos ekonomi dan amat sesuai dihadiri oleh seisi keluarga. Dengan suasana kampung yang nyaman dan jauh dari hiruk pikuk kesibukan kota, ternyata Rumah Sungai Kampung Kuak Lata Papan menjadi tarikan kepada sesiapa sahaja untuk berehat sambil bersantai dengan suasana di tepian sungai yang amat nyaman dan menarik. Sudah pasti, anda tidak akan menolak destinasi percutian yang hebat ini.
Sungai Kampung Lata Papan adalah menjadi tarikan utama dengan kedinginan airnya yang sejuk semulajadi dengan menyusuri batu batan memberikan pengalaman dan kenangan yang terindah. Ianya adalah sangat berbeza dengan destinasi – destinasi percutian anda yang lain kerana Sungai Kampung Kuak Lata Papan mempunyai banyak tempat- tempat yang menarik seperti Lata Kekabu dan Lata Papan serta sepanjang sungai tersebut yang menemui muara Tasek Raban.
Rumah sungai Kampung Kuak Lata Papan kini menjadi pilihan kepada penggemar- penggemar alam semulajadi ataupun golongan hiking. Mereka mencari destinasi yang keluar daripada kesibukan kotaraya dan mendapati tempat menarik yang boleh dikunjungi berada di Kampung Kuak Lata Papan. Terdapat pelbagai tarikan yang menjadi Rumah sungai Kampung Kuak Lata Papan menjadi begitu popular dan tempat destinasi idaman bagi percutian dalam desa yang aman tenteram lagi permai.
My River Village Kampung Lata Papan
MeriYong (MY) River Village adalah merupakan satu resort yang baru dibangunkan di Kampung Kuak Lata Papan. Resort ini adalah hasil usaha pemiliknya Tuan Ahmad Zamri Bin Osman. Ianya terletak disebelah sungai yang mengalir daripada kawasan bukit Kampung Kuak Lata Papan. Ianya boleh dikatakan sebagai satu rumah sungai baru di Kampung Kuak Lata Papan. Jika anda berminat untuk mendapatkan info mengenai resort ini, boleh sahaja menghubungi no whatsapp Syafiqah dan Fatin.
Teratak Sungai d'Kuak Kampung Lata Papan
Teratak Sungai D’Kuak adalah satu tempat penginapan dan perkelahan yang baru dibangunkan. Ianya adalah merupakan satu penginapan yang mampu milik dan dilengkapi dengan kemudahan asas serta kemudahan bersama set makanan. Adalah menjadi satu kelaziman kepada sesiapa yang mengunjungi Kampung Kuak Lata Papan untuk mandi sungai. Jangan lepaskan peluang untuk menghubungi pemilik Teratak Sungai D’Kuak melalui link yang disediakan. Terima kasih.
D'Lata Papan Dusun Camp
D’Lata Papan Dusun Camp adalah merupakan satu-satunya resort atau tempat penginapan yang berada di kawasan air terjun Lata Papan. Ianya telah dibina pada tahun 2020 dan mempunyai empat bilik penginapan. D’Lata Papan Dusun Camp terletak ditempat yang strategik bagi pengunjung- pengunjung yang ingin mandi manda dan menikmati panorama indah di kawasan air terjun Lata Papan. Satu kolam kecil juga disediakan untuk anak- anak menggunakannya dan berhampiran dengan rumah resort.
Danglang Extreme Adventure
Danglang Extreme Adventure adalah satu perkhidmatan yang diadakan di Kampung Kuak Lata Papan. Antara perkhidmatan yang ada ialah tempat parking untuk mereka yang ingin melakukan aktiviti di Kampung Kuak Lata Papan termasuklah aktiviti menginap di Kuak Hill, Jungle Trekking, Berjogging ataupun mandi manda di Kampung Kuak Lata Papan.
Danglang Extreme Adventure turut juga menyediakan perkhidmatan sukan lasak ATV dengan harga perkhidmatan yang amat berpatutan. Laluan ATV adalah meliputi jalan tar, jalan off-road landai, jalan off-road berbukit dan trek mencabar “off-road” mini litar. Danglang Extreme Adventure turut juga menyediakan beberapa perkhidmatan lain seperti kedai mini serbaguna dan juga perkhidmatan photostat dan tempahan bunting untuk acara yang anda jalankan.
Kuak Lata Papan Trip
Assalamualaikum, kalau ada yang nak ikut, boleh maklumkan.
Hari Pertama (sabtu)
7.30 am – berkumpul di kg kuak lata papan
8 am – naik ke kuak hill 4×4, breakfast, mini bird zoo, awan nano (jika bernasib baik)
10 am- turun menggunakan 4×4.
10.30 am – mandi sungai lata papan
12.30pm- balik dr sungai , lunch recomended restoran tasik raban (sendiri).
2 pm – check in my river village.
3.30pm – visit galeri arkeologi/perak man kota tampan
4.30pm – visit masjid raja kg chepor (solat masjid)
5.15pm- berkumpul di jeti tasik raban
5.30pm- naik bot ke empangan chenderoh, mini amazon, teratai
7.00pm – balik jetty.
dinner bebas- recommended sekutwo terminal cinta cafe, sauk (sendiri)
Hari Kedua (Ahad)
7.15am-checkout, berkumpul di rumah sungai
7.30am- start rafflesia hiking
12pm- kembali ke rumah sungai, lunch provided, mandi sungai.
1.30pm – end activities di kampung, solat di surau ibrahimiah.
2.00 pm – Dapatkan ikan pekasam sebagai buah tangan, singgah kuala kangsar, masjid ubuidiah, medan selera, lembah sungai perak, barangan kraftangan, pokok getah pertama di Malaysia, MCKK, Clifford, etc.
Kos :
Breakfast Kuak Hill- rm20/pax
Mandi air terjun D’Lata Papan dusun camp – rm10/pax
Bot Tasik Raban-rm20/pax
Raffleasia hiking, permit, lunch, mandi di rumah sungai-rm60/pax
Total- rm110/pax
Tambahan: RM5 satu kereta parking & ada aktiviti ATV juga
Nota: accomodation book sendiri. Alternatif, my river village/rumah sungai / D’Lata Papan Dusun Camp & Teratak d kuak.
Target total dalan kumpulan ini: 10 orang atau 20 orang.
Jika berminat , boleh mesej. Terima kasih.
Begitu tenang betul memilihi percutian di rumah sungai ini. Apabila bangun pagi sahaja sudah ternampak aliran sungai yang jernih. Terasa betul-betul seperti suasana di kampung. Akhir kata, sememangnya berbaloi-baloi sangat bercuti di sini !
